THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 16, 2011

Medina Syafiqa

             Petang itu seperti biasa Med atau nama sebenarnya Medina Syafiqa berusia 21tahun pelajar jurusan MassCom tahun 2 bersama sahabat-sahabat sekolejnya, Ainna, Echa, Eric dan Ayie, Daya, Miera, Moon dan Memey menghabiskan masa di gelanggan futsal Kuyoo. Ayie dan Echa merupakan pasangan kekasih yang sempoi dan serasi. Yang lain juga mempunyai kekasih dan Ainna pula sudah bertunang. Cuma Medina saja yang tiada kekasih. Tawar hati katanya. Setelah selesai mereka melangkah keluar untuk meneruskan aktiviti remaja seterusnya di hujung minggu mereka, iaitu melepak di Café D’sempoy. Semasa melangkah keluar tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang.

      “ aduuuhh ..! oiitt..! kau ni buta ke ape? Jalan sikit punya luas kau boleh langgar aku? Hisshh !” kata Medina. Tapi lelaki  yang melanggarnya itu hanya diam dan pandang wajahnya dengan penuh tanda tanya.
     “ oit!! Pekak ke? Dah la buta pekak pulak tu. Sayang jugak kalau muka handsome tapi buta dan pekak kan. Bukan nak minta maaf ke apa. Dah la,tak guna cakap dengan kau ni.” Sambil berlalu pergi. Rakan-rakannya yang lain hanya menggilingkan kepala, mereka sudah arif dengan perangai rakannya yang seorang itu. Cepat melenting tapi mudah pula tenang. Berlagak kasar tetapi cantik walaupun ada sedikit kesan parut luka didahinya tapi tetap cantik dipandang. Medina..Medina…

********

     Dibiliknya, setelah selesai mandi Medina hanya terbaring dikatil. Memandang kipas syiling yang berputar. Kepalanya teringatkan peristiwa 5 tahun lalu dikampung semasa Medina tinggal bersama nenek nya.

    Suasana kampong yang cukup tenang dan nyaman di bangsal ketika itu menjadi kelam dan hangat apabila Zaffran, sahabat Medina ketika itu yang juga Medina anggap lebih daripada sahabat,  mengatakan yang beliau akan pergi.

    “Medina, Zaff kena ikut mummy dan daddy pergi Doha. Tak tahu lagi bila balik”. Wajah Medina berubah serta merta. Ini bermakna kami akan berpisah! Mana boleh macam ni. Siapa nak jaga aku?? Siapa nak dengar aku membebel? Mana boleh! Kau tak boleh pergi Zaffran!!!  Huh alangkah bagus kalau kata-kata itu boleh dikeluarkan bukan sekadar dalam hati.

  “ Betul ke Zaff? Kalau macam tu tak apa la. Zaff pergi la. Ada rezeki ada jodoh kita jumpa lagi kan..” kata Medina. Walau pun dalam keadaan senyum namun jelas terdengar nada suara Medina sebenarnya sebak dan mata nya sudah berkaca. Sebak juga terasa oleh Zaff. Namun semua bukan kehendaknya tapi kehendak orang tua.

 “haa.. nanti Zaff balik sini mesti Dina tak kenal Zaff. Mesti Zaff da kurus, handsome,kacak kan. Mana la ingat  kat Dina lagi. Betul  tak?”

 “Medina, kenapa cakap macam ni. Walau macam mana pun Zaff tetap ingat kat Medina tau. Sentiasa dalam hati ni. Zaff janji kita tak akan putus hubungan. Zaff akan selalu hantar surat,poskad and email kat Medina ya.. Zaff janji!” kata Zaff.

“ betul ni?? Okey, Dina pegang kata-kata Zaff . kalau Zaff tipu siap Zaff.!!” Balasnya. Sedang mereka bergerak pulang tiba-tiba Medina tersadung dan terjatuh.
“ Adoihh..!” jerit Medina.
“haha..Ya Allah, Medina hati-hati jalan tu. Cepat bangun.” Kata Zaffran sambil ketawa. Lucu barangkali melihat Medina jatuh. Jalan tak pandang bawah langsung la tu. Apa lah Medina ni.
“huuuh.. sakit plak kepala ni” kata Medina sambil pegang dahinya. Ya Allah! Berdarah!!
“hahh.. Medina! Dahi Medina berdarah. Ya Allah, maaf! Zaff ingat tak teruk. Maafkan Zaff. Jom kita balik.
“ aduhh.. tak payah la Zaff. Sikit je ni. Nanti takut atok marah la. Sikit jer” balas Medina.
“sikit apa ni. Banyak darah ni. Silap-silap kena jahit 40jahitan ni” gurau Zaff. Sebenarnya dia kesian melihat Medina. Tapi bila teringatkan hal tadi hatinya tercuit lucu. Tahan saja la nanti kalau terlebih gelak marah pulak si Medina ni. Hehe..
“Zaff ni main2 pulak. Kan Dina tengah sakit ni. Jahat betul la.” Rajuk Medina.
“alolo cayang-cayang .. meh sini meh kita pergi cuci luka tu. Zaff gurau je la sayang.. jom.”
Saat itu hati Medina berbunga-bunga. Senyumnya sampai ke telinga dah. Lupa tentang sedihnya Zaffran akan tinggalkannya dan juga kesakitan didahinya.

                                          …………………………to be continue J teruskan membaca !
Pinksferra belle



0 comments: